Kenali Senyuman

Seringkali kita terfikir dan kadangkala kita terlupa bilakah kita mula berkenal dengan sahabat kita, dimanakah mulanya ukhuwah itu terjalin, dan macam-macam lagi persoalan asas mengenai bagaimanasesuatu perhubungan itu mula tercetus.

Artikel kali ini di tulis sebagai panduan untuk ikhwah wa akhwat, supaya mula mencari di mana titik mulanya sesuatu persahabatan atau ukhuwah itu terjalin. Ini kerana kebiasaannya kita tidak pernah menghargai sesuatu yang kita miliki itu sehinggalah kita sedar betapa susahnya kita mendapatkannya.

Sesuatu yang saya maksudkan di sini ialah ukhuwah islamiyyah. Bagaimanakah ukhuwah itu boleh terjalin? Ada beberapa sebab bagaimana ia bermula. Pertamanya adalah dengan mengucapkan salam dan memberikan senyuman. Melalui beberapa pengalaman saya,
salam dan senyuman memang memainkan peranan penting dalam memulakan sesuatu perhubungan.

Kadangkala apabila berkunjung ke masjid kerapkali kita lihat beberapa jemaah yang memang kita kenali wajahnya, pakaiannya, malahan kopiah yang di pakainya juga lekat di dalam fikiran kita. Tetapi bila di tanya lanjut namanya kita mula buntu. Seringkali juga kita mengelaskan seseorang jemaah di masjid itu berdasarkan warna bajunya, kopiahnya dan lain-lain lagi. Jadi, ikhwah wa akhwat, mulakanlah perhubungan dengan salam dan senyuman. Biarpun kita jarang-jarang senyum, mahu atau tidak kita kerapkali tunduk atau kalah dengan senyuman atau salam orang lain.

Sabda Rasulullah SAW,
“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makan, jalinlah hubungan kekerabatan, dan kerjakanlah sholat di waktu malam ketika orang-orang sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan damai”
* Hadith shohih di riwayatkan oleh Imam Ahmad (23272), Tirmidzi (2485), Ibnu Majah (3251) dan Darimi
(1460) dari Abdulloh bin Salam. Lihat Al-Misykat (1907)
Bagi umat Islam, kita tidak payah menggantikan ucapan salam kita dengan pelbagai bentuk salam mengikut waktu yang berbeza-beza. Ahlan, kaifa ashbahta, ahlan wa sahlan, atau shobahu’l khoir adalah contoh bentuk salam yang kerapkali di gunakan. Memadailah dengan ucapan “Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh” (Semoga kedamaian, rahmat Allah dan barkahnya tercurah atas kalian).

Ikhwah wa akhwat yang di rahmati Allah.
Senyuman juga adalah satu pelengkap kepada salam yang di ucapkan. Salam yang di iringi dengan senyuman bakal mempamerkan keikhlasan si pemberi salam.
Sabda Rasulullah SAW,
“Senyum yang engkau berikan kepada saudaramu adalah sedekah”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar