KEPIMPINAN

Pendahuluan
Penerimaan Islam secara meluas di Nusantara pada abad ke 13 masihi telah mengubah banyak nilai dalam masyarakat tempatan, termasuk yang berkait dengan "kepimpinan". Bermula daripada waktu itu Islam telah mengambil peranan kepimpinan yang meluas dan merangkumi hampir semua kegiatan hidup termasuk keagamaan, Ibadat, keilmuan, sosial, politik dan sebagainya.Asas utama kepada kepimpinan yang meluas ini 1alah sifat Islam sendiri yang menyeluruh. Misalnya, akidah atau pegangan hidup yang dibawa oleh Islam bukan sekadar menyentuh soal ketuhanan dan alam metafizika sahaja, tetapi juga merangkumi alam dan manusia. Dalam konsep yang luas ini, syirik iaitu pelanggaran terhadap prinsip tauhid yang menjadi asas aqidah berkenaan, bukan sahaja boleh berlaku disebabkan oleh penyembahan berhala atau memuja kuasa-kuasa ghaib semata-mata tetapi juga meliputi pemujaan terhadap sesama manusia dan kuasa-kuasa material dalam kehidupan biasa.Berasaskan akidah ini Islam menegaskan bahawa alam dan manusia bukan suatu mistri, tetapi boleh difahami. Manusia adalah hamba Tuhan yang diberi peranan sebagai khalifah dibumi ini. Sedangkan alam dicipta untuk faedah dan kepentingan manusia. Dalam hubungannya dengan hidup dan kebudayaan, akidah merupakan asas pemikiran bagi sistem keilmuan dan kemasyarakatan, termasuk sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.Bagi melaksanakan kepimipinan tersebut, dari segi akidah dan kepercayaan, Islam mengubah pandangan orang Melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti di zaman Hindu kepada mempercayai tuhan yang Maha Esa. Disamping itu mereka dibimbing mempercayai Nabi-Nabi, Rasul, Malaikat, Kitab-Kitab Suci, Hari Kiamat dan Qadha dan Qadar. Kemudian diikuti oleh kepimpinan kearah menunaikan amal Ibadat seperti yang terkandung dalam rukun Islam yang lima dan yang selain daripada itu.
Di bidang adat dan istiadat pula, bagi mengubah tradisi animisme dan Hinduisme, agama Islam telah memimpin orang-orang Melayu kearah mengenali dan mengamalkan adat istiadat Islam sebagai ganti. Adat istiadat itu dilakukan sejak daripada individu itu lahir ke dunia hinggalah ke hari kematiannya.Dalam aspek keilmuan, Islam telah memimpin masyarakat Melayu kearah menenali pengetahuan yang bercorak falsafah.4 Dengan itu Islam telah memperkenalkan pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual dalam masyarakat Melayu. Tamadun Islam telah mengubah penekanan daripada unsur-unsur estetika dalam kebudayaan Melayu seperti yang biasa berlaku pada zaman Hindu kepada pemikiran yang bercorak akliah.5 Dengan itu Islam mengubah tasawwur orang Melayu daripada yang bercorak metologi fantasi kepada pemikiran yang bercorak intelektual yang berdasarkan falsafah Islam dan mistik yang rasional dan ilmiah. Dengan itu Islam menekankan kedua-kedua aspek jasmani dan rohani untuk membangunkan masyarakat Melayu. Dari segi sosial pula Islam menekankan unsur-unsur persamaan, keadilan dan sebagainya. Dengan itu Islam telah membawa satu perubahan yang radikal sebagai ganti kepada sistem Kasta Hindu yang membahagikan penduduk alam Melayu kepada beberapa susun lapis seperti di India. Islam juga menghapuskan semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan dikalangan penduduk alam Melayu melaui konsep ummah atau masyarakat Islam.Dari segi politik pula, Islam telah membawa banyak perubahan. Misalnya, sistem feudalisme Hindu digantikan dengan sistem feudalisme yang diperkenalkan pada zaman kerajaan Abbasiah. Islam telah memberi corak keislaman dalam sistem kesultanan Melayu. Misalnya konsep Diraja telah diubah sifatnya daripada penjelmaan dewa kepada seorang pemerintah atau pemimpin rakyat sahaja. Sultan dalam pengertian Islam seharusnya menjalankan pemerintahan dengan adil dan bertimbang rasa kepada rakyat serta bertindak mengikut perintah Allah, membuat kebaikan dan mencegah kejahatan.Dalam bidang kesenian Islam telah mempengaruhi semua bidang kesenian Melayu, baik dalam seni lagu, seni tari, seni ukir, seni bina, seni hiasan, maupun seni drama. Begitulah juga dalam hal kesusasteraan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar